Saturday, March 14, 2009

RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG SPM 2008


Tanggal 12 Mac 2009 telah diumumkan keputusan SPM 2008. Setiap tahun pelbagai kejayaan dicipta pelajar. Bilangan yang dapat straight A semakin bertambah. Bagaimana dengan anda semua. Sekurang-kurangnya ada juga A dalam keputusan tersebut. Bagi yang berjaya diucapkan tahniah dan bagi yang kurang berjaya teruskan lagi usaha anda.

Berikut diberikan tip-tip kejayaan yang telah didapati daripada pelajar cemerlang SPM 2008 yang lepas.



SAUDARI NIK NUR MADIHAH, SEKOLAH MAAHAD MUHAMMADI (P), KOTA BHARU KELANTAN, KEPUTUSAN : 20A





Tip beliau,


1. mengulang kaji di awal pagi



2. bersolat tahajud sebelum mengulang kaji



3. membaca Al-Quran sebelum mengulang kaji



4. beri tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas



5. dorongan daripada ibu bapa



6. meminta tunjuk ajar guru apabila menghadapi masalah pelajaran



7. doa dan sokongan ibu bapa tentang kepentingan menuntut ilmu


8. ingin mengubah hidup daripada kemiskinan. Saudari Nik Nur Madihah ialah anak seorang nelayan dan tukang sapu. Kemiskinan keluarga mendorong beliau belajar bersungguh-sungguh untuk membaiki kehidupan keluarga


9.bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik





SAUDARA MOHAMAD AIZUDDIN BIN MOHD YAAKUB, SMK AGAMA SHEIKH HAJI MOHD SAID, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, KEPUTUSAN : 13A1


Tip beliau,


1. mementingkan hubungan dengan Allah dengan melaksanakan setiap suruhan dan meninggalkan larangan-Nya


2. memastikan hubungan dengan keluarga, guru dan rakan baik dan mesra


3. hubungan baik itu menjadikan jiwa tenang dan memudahkan mengikuti dan mengingati pelajaran


4. bertekad menyaingi pelajar perempuan di sekolahnya


5. anggap lelaki sebagai pemimpin dan perlu kehadapan


6. bercita-cita menjadi ahli farmasi




MOHD SHAZANI BIN SUMAJI, SM SAINS TENGKU ABDULLAH (SEMESTA), RAUB, PAHANG, KEPUTUSAN : 10A1




Tip beliau,


1. Hormat dan patuh arahan guru


2. Memberi tumpuan penuh dalam kelas


3. Sentiasa membuat latihan dan mengulang kaji berterusan


4. Memohon doa kepada Allah


5. Pandai mengurus masa antara waktu belajar dengan santai


6. Jangan menekan diri dalam belajar


7. Belajar secara sistematik


8. Bercita-cita menajadi ahli Sains Aktuari




PASANGAN KEMBAR ROHAMINA DAN ROHAISHA, SMK KING GEORGE V, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, KEPUTUSAN : 11A1



Tip beliau,


1. Selalu membaca Al-Quran selepas mengulang kaji


2. Melakukan solat hajat selepas mengulang kaji


3. Sering berbincang dan mengulang kaji pelajaran bersama di rumah


4. Mengikuti kelas tuisyen di sekolah


5. Fokus dan beri tumpuan di dalam kelas


6. Semangat dan sokongan ahli keluarga


7. Mempunyai satu impian untuk menjadi peguam




SAUDARA ZAMRI BIN AMIR, SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (SSAS), PUTRAJAYA, KEPUTUSAN : 11A1



Tip beliau,



1. Pengurusan masa yang baik


2. Imbangi antara waktu belajar dengan aktiviti kokurikulum


3. Beri tumpuan sepenuhnya ketika berada di dalam kelas


4. Kemiskinan sebagai pendorong untuk berjaya


5. Bercita-cita menjadi doktor

Visit my web http://mudahbelajar.com

No comments:

Post a Comment