Tuesday, January 20, 2009

CERAMAH MOTIVASI TINGKATAN 4

Dalam ceramah motivasi tingkatan 4, SifooSidee telah menekankan beberapa perkara penting. Pelajar tidak seharusnya menganggap subjek elektif Perdagangan tidak penting bagi mereka. Pelajar tidak boleh menganggap subjek itu penting atau tidak. Yang penting mereka perlu belajar juga untuk lulus periksa. Sama ada mereka suka atau tidak, itu bukan masalahnya.

Pelajaran Perdagangan merupakan subjek senang, bukan susah. Jika pelajar tahu teknik belajar subjek ini, ia jadi semakin mudah. Subjek ini memerlukan pelajar banyak membaca. Membaca sahaja tidak cukup, tetapi kena menghafal. Jika ini dapat dilakukan, subjek ini akan menjadi subjek yang menyeronokkan untuk dipelajari.