Wednesday, March 25, 2009

KADET PERTAHANAN AWAM(KPA) SMKBBSS TETAP CEMERLANG DALAM KOKURIKULUM DAERAH KLANG
















































































Pada 24 Mac 2009 telah berlangsung pertandingan kawad kaki jabatan kerajaan peringkat daerah Klang, Selangor. Tercipta sejarah SMKBBSS apabila platun lelaki dan perempuan telah memenangi pertandingan tersebut. Kami amat berbangga dan terkejut apabila platun lelaki telah diumumkan sebagai naib johan. Ini merupakan kali pertama mereka memasuki pertandingan dan berjaya menempa nama dalam pertandingan tersebut.



Tidak ketinggalan untuk platun perempuan. Walaupun terpaksa berkawad dalam hujan namun dengan semangat jitu mereka juga tetap memenangi pertandingan tersebut. Walaupun tidak mendapat tempat pertama namun telah memberi nafas baru untuk berusaha bersungguh-sungguh pada tahun hadapan.

Sekali lagi syabas untuk anda semua. Tanpa bimbingan jurulatih Aboy, Ayop, Sarjan Shukri, guru penasihat Encik Rasidi dan Puan Ong, platun kita tidak mungkin akan berada pada tahap ini.

Anda semua memang hebat.............tahun depan insya-Allah kita akan menjadi johan dalam kedua-dua kategori.

Bersama-sama ini sifoosidee paparkan gambar-gambar yang telah diambil sebelum, semasa dan selepas pertandingan.


Visit my website http://mudahbelajar.com/

Tuesday, March 17, 2009

KETAHUI STRATEGI BELAJAR BERKESAN

Selama ini mungkin anda belajar tetapi tidak tahu resepi belajar berkesan. Saya juga pernah menjadi pelajar seperti anda semua. Semasa saya belajar dulu, banyak kesilapan telah saya lakukan. Di antara kelemahan tersebut ialah tidak tahu strategi belajar berkesan sebenar.

Guru tidak pernah mendedahkan rahsia belajar berkesan. Itu semua terletak atas diri individu itu sendiri. Kebanyakan rakan saya menggunakan strategi sendiri. Sama ada betul atau salah saya tidak tahu.

Setelah bergelar siswazah dan menjalani hidup di kampus, baru saya tahu terdapat banyak strategi yang boleh kita gunakan. Semua itu saya dedahkan dalam EBOOK saya yang bertajuk RAHSIA STRATEGI BELAJAR BERKESAN TERBONGKAR. Pelajar boleh mengetahui pelbagai strategi yang boleh digunakan. Saya juga telah memperkenalkan satu strategi belajar berkesan iaitu BILLL LEARNING.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang strategi tersebut, sila layari website saya http://mudahbelajar.com/


Segalanya tersedia untuk anda.

Saturday, March 14, 2009

RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG SPM 2008


Tanggal 12 Mac 2009 telah diumumkan keputusan SPM 2008. Setiap tahun pelbagai kejayaan dicipta pelajar. Bilangan yang dapat straight A semakin bertambah. Bagaimana dengan anda semua. Sekurang-kurangnya ada juga A dalam keputusan tersebut. Bagi yang berjaya diucapkan tahniah dan bagi yang kurang berjaya teruskan lagi usaha anda.

Berikut diberikan tip-tip kejayaan yang telah didapati daripada pelajar cemerlang SPM 2008 yang lepas.



SAUDARI NIK NUR MADIHAH, SEKOLAH MAAHAD MUHAMMADI (P), KOTA BHARU KELANTAN, KEPUTUSAN : 20A





Tip beliau,


1. mengulang kaji di awal pagi



2. bersolat tahajud sebelum mengulang kaji



3. membaca Al-Quran sebelum mengulang kaji



4. beri tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas



5. dorongan daripada ibu bapa



6. meminta tunjuk ajar guru apabila menghadapi masalah pelajaran



7. doa dan sokongan ibu bapa tentang kepentingan menuntut ilmu


8. ingin mengubah hidup daripada kemiskinan. Saudari Nik Nur Madihah ialah anak seorang nelayan dan tukang sapu. Kemiskinan keluarga mendorong beliau belajar bersungguh-sungguh untuk membaiki kehidupan keluarga


9.bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik





SAUDARA MOHAMAD AIZUDDIN BIN MOHD YAAKUB, SMK AGAMA SHEIKH HAJI MOHD SAID, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, KEPUTUSAN : 13A1


Tip beliau,


1. mementingkan hubungan dengan Allah dengan melaksanakan setiap suruhan dan meninggalkan larangan-Nya


2. memastikan hubungan dengan keluarga, guru dan rakan baik dan mesra


3. hubungan baik itu menjadikan jiwa tenang dan memudahkan mengikuti dan mengingati pelajaran


4. bertekad menyaingi pelajar perempuan di sekolahnya


5. anggap lelaki sebagai pemimpin dan perlu kehadapan


6. bercita-cita menjadi ahli farmasi




MOHD SHAZANI BIN SUMAJI, SM SAINS TENGKU ABDULLAH (SEMESTA), RAUB, PAHANG, KEPUTUSAN : 10A1




Tip beliau,


1. Hormat dan patuh arahan guru


2. Memberi tumpuan penuh dalam kelas


3. Sentiasa membuat latihan dan mengulang kaji berterusan


4. Memohon doa kepada Allah


5. Pandai mengurus masa antara waktu belajar dengan santai


6. Jangan menekan diri dalam belajar


7. Belajar secara sistematik


8. Bercita-cita menajadi ahli Sains Aktuari




PASANGAN KEMBAR ROHAMINA DAN ROHAISHA, SMK KING GEORGE V, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, KEPUTUSAN : 11A1



Tip beliau,


1. Selalu membaca Al-Quran selepas mengulang kaji


2. Melakukan solat hajat selepas mengulang kaji


3. Sering berbincang dan mengulang kaji pelajaran bersama di rumah


4. Mengikuti kelas tuisyen di sekolah


5. Fokus dan beri tumpuan di dalam kelas


6. Semangat dan sokongan ahli keluarga


7. Mempunyai satu impian untuk menjadi peguam




SAUDARA ZAMRI BIN AMIR, SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (SSAS), PUTRAJAYA, KEPUTUSAN : 11A1



Tip beliau,



1. Pengurusan masa yang baik


2. Imbangi antara waktu belajar dengan aktiviti kokurikulum


3. Beri tumpuan sepenuhnya ketika berada di dalam kelas


4. Kemiskinan sebagai pendorong untuk berjaya


5. Bercita-cita menjadi doktor

Visit my web http://mudahbelajar.com

Sunday, March 1, 2009

CARA MEMBUAT NOTA BERKESAN

Kita selalu membuat nota tetapi tidak tahu membuat nota berkesan. Pelajar cemerlang mempunyai nota berkesan. Pelajar perlu membuat nota bukan menyalin nota. Menyalin bermaksud menulis nota tanpa tahu penggunaannya. Manakala membuat nota ialah menulis nota dalam bentuk yang bermakna. Mudah diingat dan seronok dilihat.
Di sini SifooSidee ingin memberi tip langkah-langkah membuat nota berkesan. Langkah yang perlu dibuat pelajar ialah:

  1. Memahami apa maklumat yang diperlukan daripada sumber yang diperoleh, contoh daripada teks yang dibaca
  2. Memilih maklumat penting dalam teks
  3. Menyusun semula maklumat
  4. Menulis semula nota dalam bentuk menarik seperti peta minda
  5. Kenalpasti frasa atau perkataan penting
  6. Gunakan singkatan dalam menulis nota seperti utk=untuk, dgn=dengan, spt=seperti
  7. Gunakan simbol seperti *bermaksud penting
  8. Gunakan akronim atau nemoniks, seperti FiSoRo = Fisiologi Sosial Rohani
  9. Lakarkan atau lukiskan nota anda dalam bentuk menarik