Sunday, March 1, 2009

CARA MEMBUAT NOTA BERKESAN

Kita selalu membuat nota tetapi tidak tahu membuat nota berkesan. Pelajar cemerlang mempunyai nota berkesan. Pelajar perlu membuat nota bukan menyalin nota. Menyalin bermaksud menulis nota tanpa tahu penggunaannya. Manakala membuat nota ialah menulis nota dalam bentuk yang bermakna. Mudah diingat dan seronok dilihat.
Di sini SifooSidee ingin memberi tip langkah-langkah membuat nota berkesan. Langkah yang perlu dibuat pelajar ialah:

  1. Memahami apa maklumat yang diperlukan daripada sumber yang diperoleh, contoh daripada teks yang dibaca
  2. Memilih maklumat penting dalam teks
  3. Menyusun semula maklumat
  4. Menulis semula nota dalam bentuk menarik seperti peta minda
  5. Kenalpasti frasa atau perkataan penting
  6. Gunakan singkatan dalam menulis nota seperti utk=untuk, dgn=dengan, spt=seperti
  7. Gunakan simbol seperti *bermaksud penting
  8. Gunakan akronim atau nemoniks, seperti FiSoRo = Fisiologi Sosial Rohani
  9. Lakarkan atau lukiskan nota anda dalam bentuk menarik