Monday, October 15, 2012

Hari-hari Akhir Sebelum Peperiksaan SPM

Saya masih teringat sewaktu hari-hari akhir sebelum menduduki peperiksaan SPM.  Dalam masa dua bulan sebelum peperiksaan, ke mana sahaja pergi, buku dan nota tak pernah daripada diri.  SPM akan menentukan hala tuju kita selepas ini.

Jika result baik, peluang kita akan cerah.  Cerah untuk menyambung pelajaran.  Lainlah bagi mereka yang tidak memikirkan langsung masa depan.  Saya telah mengatur semua masa belajar dengan rapi.  Hari Isnin kena belajar apa, semua telah di atur.  Semua buku telah tersusun atas meja.  Masa inilah untuk menelaah mata pelajaran.

Saya lihat ada kawan masih tidak serius lagi untuk belajar.  Mereka menganggap selepas percubaan SPM, semuanya dah habis.  Bagi saya masa yang ada perlu digunakan sepenuhnya.  Segala kelemahan dalam peperiksaan percubaan perlu dibaiki.  Kena banyak tanya guru dan kawan.  Hujung minggu saya akan belajar bersama kawan untuk meningkatkan lagi penguasaan dalam sesuatu mata pelajaran.  Saya memang lemah Matematik, siang dan malam asyik buat latihan Matematik.  Jika tak faham, saya terus merujuk kepada kawan yang pandai.

Alhamdulillah, bila keputusan peperiksaan sebenar diumumkan, saya lulus semua subjek.  Walaupun tak lulus cemerlang, saya dapat juga memasuki universiti.  Matlamat saya selama ini sudah tercapai.  Saya telah berada antara orang terbaik Malaysia apabila berjaya belajar di salah sebuah universiti kerajaan tersohor di Malaysia.

Friday, October 12, 2012

Tip SPM 2012 Perdagangan

Di sini saya ingin memberi tip tentang soalan yang akan keluar dalam SPM 2012.

Antara tajuk yang akan keluar ialah,

Kertas 2,
Soalan 1 - Asas kepada perdagangan, unsur perdagangan
Soalan 2 - Perniagaan dalam negeri, perniagaan antarabangsa
Soalan 3 - IKS, pemilikan perniagaan, pelaburan
Soalan 4 - Campur
Soalan 5 - Campur
Soalan 6 - Campur

Sekian, selamat belajar........