Saturday, December 5, 2009

Borong Habis Di PC Fair 2009, KLCC






Hari ini SifooSidee dan wife ke PC Fair 2009.

PC Fair tahun ini berlangsung di KLCC.

Sebelum ini buat di PWCT, senang sikit.

Parking kereta di komuter Shah Alam dan terus ke PWTC.

Tahun ini kena jalan jauh sikit. Parking kereta di KL Central, lepas tu naik LRT.

Ramainya orang berpusu-pusu ke KLCC untuk hadir PC Fair.

Esok last day, mesti lagi ramai.

Harga boleh tahan, banyak bahan komputer yang buat offer.

SifooSidee beli beg komputer, anti virus karpesky, dakwat printer dan cooler komputer.

Hajat nak beli banyak lagi, kena control bajet.

Memang rambang mata, setiap tahun ada sahaja benda yang baru.

Industri komputer memang cepat berkembang.

Jadi kita pun kena cepat berkembang.

Tahun depan jumpa lagi.........di mana agaknya....

http://mudahbelajar.com/

Wednesday, December 2, 2009

Kursus Pengurusan Koperasi



Baru-baru ini, SifooSidee telah menghadiri kursus pengurusan koperasi.

Kursus telah berlangsung selama 2 hari di Empress Hotel, Sepang, Selangor.

Peserta kursus terdiri daripada pelajar dan guru koperasi.

Pelbagai ilmu telah diperoleh. Antaranya, tentang struktur organisasi koperasi dan pengiraan titik pulangan modal.

Untuk berniaga, kita harus mempunyai ilmu perniagaan.

Kita perlu mengetahui cara meletakkan harga supaya tidak terus rugi.

Tujuan utama berniaga adalah untuk mendapat keuntungan.

Jadi kita perlu tahu bagaimana menjana keuntungan melalui perniagaan.

Titik pulangan modal memastikan kita tidak menjual sesuatu barang di bawah kos yang telah dikeluarkan.

http://mudahbelajar.com