Saturday, September 26, 2009

Sidek's Raya Reunion














Pada 26.9.2009 keluarga Sidek telah berkumpul untuk menyambut Hari Raya.

Rasa seronok kerana dapat berkumpul bersama setahun sekali.

Bermacam juadah disediakan. Sedap semuanya. Yang paling sedap BBQ ayam dan seafood.

Sambutan di buat sampai larut malam ( 12.00 pm) dan akhir sekali sesi bergambar beramai-ramai paling seronok.

Macam-macam posing dapat dilihat.

Yong tau foo Sidi dan Azah paling dapat sambutan hangat daripada makanan yang dibawa.

Selamat Hari Raya dan tahun depan dapat buat lagi.............

Thursday, September 24, 2009

My New Pineapple Cake








Pada Hari Raya tahun ini, SifooSidee telah mencuba satu resipi kek baru.

Resipi kek ini dinamakan kek nenas. Rasa boleh tahan. Isteri kata sedap.

Warnapun menarik. Berwarni-warni. Jalur kuning, hijau dan merah.

Kalau nak cuba, di sini, SifooSidee berikan resipinya.

Bahan-bahannya ( untuk satu bekas ),

1 cawan marjerin
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gelatin
pewarna hijau dan merah
sedikit kacang tumbuk

Selamat mencuba, jika sedap beritahu kawan. Jika tak sedap diam saja.


Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Monday, September 21, 2009

BESAR PUNYE.............






Baru-baru ni, SifooSidee telah ke Tanjung Karang, Selangor.

Tujuan ke sana untuk menziarah keluarga sempena Hari Raya.

Bila sampai di salah sebuah rumah saudara di sana, buah mangga besar punye menarik perhatian semua.

Agak jarang melihat buah-buahan yang hidup sesubur itu. Bila nak makan buah, hanya beli di pasar saja.

Mungkin tanah di Tanjung Karang amat sesuai dengan tanaman mangga. Itulah sebab ianya membesar begitu mengancam sekali.

BESAR PUNYE..............Selamat Hari Raya buat semua

Saturday, September 12, 2009

My New Cookies Recipe - Kuaci Biscuit




Sempena menyambut Hari Raya ni, SifooSidee telah mencipta satu resipi biskut. Biskut ini dinamakan Biskut Kuaci.



Menarik nampak. Asyik-asyik makan biskut tart, cokelat, batang buruk dan sebagainya.



Nak juga rasa biskut yang lain. Di sini SifooSidee hanya memasukkan ramuan kuaci goreng sebagai bahan utama.



Kepada yang ingin mencuba, SifooSidee perturunkan resipinya.



Bahan-bahannya,



1 cawan marjerin

1 cawan gula

1 cawan tepung jagung

4 cawan tepung gandum

3 biji kuning telur

1 sudu esen vanilla

1 cawan kacang hancur


4 peket kuaci goreng Tong Garden

hiasan biskut



Selamat mencuba, jika sedap beritahu kawan. Jika tak sedap........diamkan saja.



Selamat Menyambut Hari Raya 2009