Thursday, June 25, 2009

SifooSidee Memberi Ceramah Tentang Strategi Belajar Cemerlang "BILLL LEARNING" Kepada Calon SPM 2009





























SifooSidee telah memberi ceramah tentang Strategi Belajar Cemerlang SPM. Seramai lebih kurang 130 calon SPM 2009 telah diberi pendedahan tentang strategi belajar cemerlang.


Strategi BILLL mampu memberi nafas baru kepada pelajar. Mereka boleh mengaplikasikan strategi tersebut bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan.


Terima kasih kepada semua kerana memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan ceramah ini.

Wednesday, June 3, 2009

KEM IKON PELAJAR MENDAPAT LIPUTAN DI AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

Gambar
Abdul Rahman Baba (belakang, tiga dari kanan) bersama panel jemputan, bekas ahli kumpulan nasyid Raihan, Nasre Johari serta sebahagian peserta yang menyertai kem ikon pelajar cemerlang di Klang, kelmarin.

KLANG 3 Jun - Sebanyak 100 pelajar dari lima buah sekolah di daerah ini telah menyertai kem ikon pelajar cemerlang anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Agama Menengah Hisamuddin (SAMH) di sini, selama empat hari yang berakhir semalam.

Empat lagi sekolah yang turut serta dalam program itu ialah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Bandar Sultan Sulaiman, SMK Perempuan Raja Zarina, SMK Raja Lumu dan SMK Telok Gadung.

Yang Dipetua PIBG SAMH, Abdul Rahman Baba berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan menjana pelajar cemerlang di sekolah yang mampu menjadi ikon kecemerlangan kepada rakan-rakan pelajar lain.

Beliau menambah, antara matlamat lain ialah untuk memperkasakan budaya kecemerlangan pelajar di sekolah sehingga mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Menegah (SPM).

"Seperti yang kita lihat sekarang terlalu banyak gejala yang tidak berfaedah disertai pelajar sekolah, oleh itu dengan ada program seperti ini dapat menyedarkan mereka betapa buruknya perbuatan tersebut.

"Program seperti ini juga dapat mengukuhkan lagi adab-adab yang terpuji dan nilai-nilai murni dalam kehidupan," katanya ketika berucap di majlis penutup kem tersebut.

Tambah beliau, kaedah pemilihan peserta dalam program tersebut adalah berdasarkan pencapaian peratusan tertinggi bagi setiap tingkatan di dalam rekod peperiksaan sekolah masing-masing.

Ujarnya, program ikon pelajar cemerlang dan gemilang tersebut dijalankan menepati ciri-ciri gabungan di antara perkampungan ilmu dan kem ibadah melalui susunan modul yang sistematik oleh pihak pelaksana yang berpengalaman untuk kebaikan pelajar.

Abdul Rahman berkata, antara bengkel dan slot yang dijalankan ialah motivasi diri, tanggungjawab anak dan pelajar, resipi menjadi pelajar cemerlang, forum bertajuk kenapa gagal mendapat A1, halangan dan kesilapan dan lain-lain aktiviti lagi.

Beliau berharap program seperti itu menjadi acara tahunan agar dapat melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum.

Tuesday, June 2, 2009

SifooSidee Mendedahkan Rahsia Belajar Pelajar Cemerlang Dalam Kursus Ikon Pelajar Bersama Ustaz Nazrey Johani Raihan