SifooSidee telah menekankan perkara penting dalam proses pembelajaran pelajar. Pelajar cemerlang datangnya daripada pelajar yang konsisten belajar mengikut jadual. Mereka memperuntukkan sekurang-kurangnya 3 jam sehari untuk mentelaah.
Belajar memang membosankan bagi pelajar. Kerana terpaksa mereka mesti belajar. Jika tak belajar, gelap masa depan. Pelajar mesti tahu peranan minda mereka ketika belajar. Sebenarnya, gelombang otak kita ada 4 gelombang. Gelombang tersebut ialah gelombang alpha, beta, theta dan delta. Pelajar mesti mengetahui menggunakan gelombang tersebut ketika belajar. Semasa anda membuat latihan matematik, sebenarnya anda telah menggunakan gelombang beta. Jika diteruskan, anda akan merasa begitu bosan dan stress. Ini bukan gelombang tsunami. Keadaan jadi begitu teruk jika jawapan tak dapat. Anda terus tutup buku. Untuk tidak memeningkan kepala anda, cuba relaks sikit. Gunakan potensi gelombang otak alpha pula. Gelombang ini menjadikan anda lebih relaks dan cool.
Cuba cari semula di mana silap anda. Sama ada guna formula tak betul atau pengiraan anda tidak betul. Jadi jangan panik, teruskan lagi usaha anda.
Sampai di sini dulu. Lain kali kita berbicara lagi.............