Wednesday, January 26, 2011

Cameron With Love














Masa cuti sekolah yang lepas Sifoo Sidee telah bercuti di Cameron Highlands.

Dah lama tak pergi ke sana.

Hampir 5 tahun juga. Banyak perubahan berlaku.

Sifoo Sidee tengok banyak gerai telah dibina.

Dulu tak ada Kea Farm. Sekarang dah ada. Banyak hasil jualan di Kea Farm.

Nak rasa juga masuk ladang teh. Alamak nasib tak baik. Kereta banyak pada masa itu.

Jammed juga untuk ke sana. Balik dari ladang, jalan bertambah sesak.

Sifoo Sidee dah serik nak masuk ladang teh. Terutama masa cuti sekolah.

Kereta dan bas berpusu-pusu masuk ke ladang.

Kalau hari biasa mungkin tak apa. Kalau musim cuti jangan masuk.

Jalan dah la kecil, lepas tu bertembung dengan bas-bas pelancong.

Cuaca di Cameron pada masa tu dah tak berapa sejuk.

Mungkin kesan pembukaan tanah yang banyak. Pokok makin kurang, cuaca bertambah panas.

Tapi yang penting, strawberry masih boleh hidup.

Seronok juga kerana Cameron sinonim dengan buah strawberry.

Mana-mana pergi mesti jumpa ikon strawberry.

Kalau ada kelapangan lagi, Sifoo Sidee akan ke sana lagi.