Saturday, December 5, 2009

Borong Habis Di PC Fair 2009, KLCC






Hari ini SifooSidee dan wife ke PC Fair 2009.

PC Fair tahun ini berlangsung di KLCC.

Sebelum ini buat di PWCT, senang sikit.

Parking kereta di komuter Shah Alam dan terus ke PWTC.

Tahun ini kena jalan jauh sikit. Parking kereta di KL Central, lepas tu naik LRT.

Ramainya orang berpusu-pusu ke KLCC untuk hadir PC Fair.

Esok last day, mesti lagi ramai.

Harga boleh tahan, banyak bahan komputer yang buat offer.

SifooSidee beli beg komputer, anti virus karpesky, dakwat printer dan cooler komputer.

Hajat nak beli banyak lagi, kena control bajet.

Memang rambang mata, setiap tahun ada sahaja benda yang baru.

Industri komputer memang cepat berkembang.

Jadi kita pun kena cepat berkembang.

Tahun depan jumpa lagi.........di mana agaknya....

http://mudahbelajar.com/

1 comment:

  1. Cikgu, PC Fair ni memang tiap2 tahun ada ke?
    Nanti kalau ada lagi bagi tahu kat mane lokasinye ya cikgu!

    ReplyDelete