Wednesday, March 25, 2009

KADET PERTAHANAN AWAM(KPA) SMKBBSS TETAP CEMERLANG DALAM KOKURIKULUM DAERAH KLANG
















































































Pada 24 Mac 2009 telah berlangsung pertandingan kawad kaki jabatan kerajaan peringkat daerah Klang, Selangor. Tercipta sejarah SMKBBSS apabila platun lelaki dan perempuan telah memenangi pertandingan tersebut. Kami amat berbangga dan terkejut apabila platun lelaki telah diumumkan sebagai naib johan. Ini merupakan kali pertama mereka memasuki pertandingan dan berjaya menempa nama dalam pertandingan tersebut.



Tidak ketinggalan untuk platun perempuan. Walaupun terpaksa berkawad dalam hujan namun dengan semangat jitu mereka juga tetap memenangi pertandingan tersebut. Walaupun tidak mendapat tempat pertama namun telah memberi nafas baru untuk berusaha bersungguh-sungguh pada tahun hadapan.

Sekali lagi syabas untuk anda semua. Tanpa bimbingan jurulatih Aboy, Ayop, Sarjan Shukri, guru penasihat Encik Rasidi dan Puan Ong, platun kita tidak mungkin akan berada pada tahap ini.

Anda semua memang hebat.............tahun depan insya-Allah kita akan menjadi johan dalam kedua-dua kategori.

Bersama-sama ini sifoosidee paparkan gambar-gambar yang telah diambil sebelum, semasa dan selepas pertandingan.


Visit my website http://mudahbelajar.com/

3 comments:

  1. salam...

    tahniah diucapkan diatas kemenangan tersebut. =)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Pihak kami akan memastikan kejayaan kami pada tahun depan........

    ReplyDelete
  3. salam cikgu..mana yang tahun nie punyer gambar2 kawad kaki?why ckgu tak letak?

    ReplyDelete