Sunday, February 1, 2009

KE MANAKAH HALUAN ANDA SELEPAS INI........

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, lepasan sekolah akan menghadapi masalah mendapat pekerjaan. Bakal-bakal graduan universiti turut merasai keadaan yang sama.
Lambakan bakal penganggur akan meningkat. Persaingan untuk mendapat kerja akan meningkat. Majikan mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan pekerja yang terbaik. Bagaimana dengan keadaan anda yang masih belajar lagi. Anda belum lagi merasai alam mencari pekerjaan.
SifooSidee dulupun dah merasainya. Betapa sukarnya untuk mendapat pekerjaan selepas tamat sekolah. Kalau setakat belajar sampai SPM, pekerjaan baik sukar dicari. Selepas SPM, SifooSidee telah bekerja sambilan di banyak tempat. Itu termasuk bekerja sebagai kitchen helper di Shangri La Hotel, KL.
Kerja sebagai kitchen helper banyak cabarannya. Kerja memang teruk. Gaji tidak seberapa. Tapi makan memang first class. Nak makan apa pun boleh. Mentang-mentang kerja kat hotel. Kalau lama sikit, montellah nampaknya.
Tetapi kerja tidak lama. Lepas result SPM, Sifoosidee mohon sambung belajar kat U. Alhamdulillah, dapat sambung belajar kat UPM. Selepas habis belajar, bolehlah berlagak sikit. Dapat gelaran officerlah katakan. Lepas tu, sambung pulak buat degree kat UiTM dan Master di UM.
Pesan sifoosidee, masa kini, pelajar tak perlulah fikir kerja. Biarlah ibu bapa anda kerja untuk membiayai perbelanjaan persekolahan anda. Kerja anda sekarang ialah belajar, bukan kerja. Itu semua tanggungjawab ibu bapa untuk memberi pelajaran anda.
Masa ekonomi yang tidak menentu ni, sifoosidee nasihatkan anda semua teruskan niat belajar anda. Pelajaran akan membawa anda ke peringkat tinggi dalam hidup. Dengan pelajaran tinggi, mudah bagi anda untuk mendapat pekerjaaan di kemudian hari.
Teruskan usaha belajar anda tanpa rasa jemu........contohilah insan-insan berjaya seperti Datuk Sheikh Muszhapar, saudari Nur Amelina dan banyak lagi..........sekian

No comments:

Post a Comment