Friday, January 16, 2009

UCAPAN HARI GRADUASI

SifooSidee telah menekankan perkara penting dalam proses pembelajaran pelajar. Pelajar cemerlang datangnya daripada pelajar yang konsisten belajar mengikut jadual. Mereka memperuntukkan sekurang-kurangnya 3 jam sehari untuk mentelaah.


Belajar memang membosankan bagi pelajar. Kerana terpaksa mereka mesti belajar. Jika tak belajar, gelap masa depan. Pelajar mesti tahu peranan minda mereka ketika belajar. Sebenarnya, gelombang otak kita ada 4 gelombang. Gelombang tersebut ialah gelombang alpha, beta, theta dan delta. Pelajar mesti mengetahui menggunakan gelombang tersebut ketika belajar. Semasa anda membuat latihan matematik, sebenarnya anda telah menggunakan gelombang beta. Jika diteruskan, anda akan merasa begitu bosan dan stress. Ini bukan gelombang tsunami. Keadaan jadi begitu teruk jika jawapan tak dapat. Anda terus tutup buku. Untuk tidak memeningkan kepala anda, cuba relaks sikit. Gunakan potensi gelombang otak alpha pula. Gelombang ini menjadikan anda lebih relaks dan cool.


Cuba cari semula di mana silap anda. Sama ada guna formula tak betul atau pengiraan anda tidak betul. Jadi jangan panik, teruskan lagi usaha anda.


Sampai di sini dulu. Lain kali kita berbicara lagi.............

Thursday, January 15, 2009

BAGAIMANA MEMBACA BERKESAN

Kita sering membaca tetapi tak tahu cara membaca berkesan. Sebagai seorang pelajar, kerja membaca menjadi perkara wajib.

Jika anda tidak membaca, bagaimana untuk mendapat ilmu. Membaca banyak cara membaca. Sama ada membaca santai atau membaca kritikal. Pelajar perlu mempelari cara membaca kritikal. Membaca secara kritikal bermaksud membaca secara serius. Serius bermaksud membaca untuk lulus periksa. Untuk lulus periksa, pembacaan perlu dipertingkatkan.

Tidak bermakna anda membaca tetapi tidak tahu cara membaca berkesan. Sebenarnya, minda kita boleh mengingat apa yang dibaca jika kita tahu menggunakan potensi minda kita.

Wednesday, January 14, 2009

BILLL LEARNING

BILLL LEARNING ialah satu strategi pembelajaran baru. BILLL bermaksud,

B = Baca
I = Ingat
L = Lorek
L = Lakar
L = Latih tubi

Sekarang, terdapat banyak strategi pembelajaran. yang boleh digunakan. BILLL LEARNING telah terbukti keberkesanannya. Mari kita sama-sama laksanakannya. Anda pasti tak menyesal mempraktikkannya.