Friday, December 2, 2011

Perjalanan Ke Tanah Suci

























Pada 6.10.2011 hingga 21.11.2011, Sifoo telah menunaikan haji. Banyak pengalaman manis dan pahit di sana.




Sifoo sekarang sedang menyiapkan buku untuk dikongsi bersama. Pengalaman ini diharap akan dikongsi bersama anda semua.




Paling menyayat hati semasa menunaikan haji, sebujur tubuh mati di depan mata. Hati mesti dibersihkan sebelum menunaikan haji. Hati yang kotor mesti dihapuskan.




Tak lupa juga ada yang sesat berbulan-bulan di Mekah. Semasa hendak melontar di Jamrah, Sifoo terjumpa seorang mak cik dari Malaysia yang menyatakan telah hilang dari bulan Ramadan lagi. MasyaAllah.




Apa-apa pun itu semua sebahagian cerita yang tak dapat dilupakan. Nantikan kemunculan buku Sifoo yang lebih memperincikan cerita di sana.




Gambar-gambar di sana akan ditonjolkan untuk menguatkan lagi cerita.




Wabillahhi taufik wal hidayah.


http:www.mudahbelajar.com










Assalamualaikum.