Friday, November 20, 2009

Keputusan UPSR 2009 Meningkat - Kepayahan Hidup Bukan Penghalang Untuk Cemerlang Dalam Peperiksaan

Gambar Murid-Murid Cemerlang UPSR 2009



Muhammad Nabil Bin Mohd Nasir, Pasir Mas, Kelantan



Siti Norafarah, Besut, Terengganu

Ummu Aiman Bt Abd. Latif, Kedah



Nurul Syakirah dan Nurul Syahirah, Seremban


Kecekalan seorang ibu yang sanggup mendukung anaknya yang cacat ke sekolah setiap hari sejak enam tahun lalu tidak sia-sia apabila anak sulungnya itu memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semalam.

Walaupun cacat kerana menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta iaitu sejenis penyakit kerapuhan tulang, Siti Norfarah Hanim, 12, tidak mudah mengalah hingga akhirnya mencipta kejayaan itu.

Siti Norfarah adalah antara 40 orang pelajar Sekolah Kebangsan Tengku Mahmud II di sini yang mendapat 5A dan diraikan dalam satu majlis di sekolah itu.

Ketika nama Siti Norfarah diumumkan untuk ke pentas bagi mengambil slip keputusan, dia bersama ibunya, Norhaida Harun, 38, dilihat berlinangan air mata kegembiraan.

Bagi Norhaida, hanya pelajaran yang mampu diberikan kepada anaknya itu memandangkan dirinya tidak mampu untuk menyediakan harta yang banyak untuk kehidupan pada masa depan.

Katanya, setiap pagi sebelum ke sekolah, Siti Norfarah akan dibekalkan dengan sedikit makanan kerana tidak mampu berjalan ke kantin dan dia bernasib baik kerana seorang rakan sekelasnya, Nurul Alia Rosdi secara sukarela membantu anaknya semasa di dalam kelas.

Sementara itu, di Pasir Mas, Kelantan, Muhammad Nabil Mohd. Nasir, 12, yang mengalami kecacatan pada kaki kiri dan kedua-dua tangannya sejak dilahirkan turut berjaya meraih 5A dalam UPSR.

"Ini hadiah untuk ibu saya yang bersusah payah mendukung saya ketika menghantar dan mengambil saya sekolah setiap hari," katanya yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Othman Talib 1, Pasir Mas, Kelantan.

Wednesday, November 11, 2009

Selamat Menduduki SPM - Kenangan Bersama 5 Cempaka








Minggu depan (18 hb November 2009) semua pelajar akan menduduki kertas pertama SPM mereka.

SifooSidee ingin mengucapkan selamat menjalani peperiksaan SPM 2009.

Semoga anda semua akan menduduki peperiksaan dengan tenang dan yakin.


Peperiksaan ini amat penting bagi anda semua. Inilah detik permulaan untuk menjalani kehidupan sebenar.

Selepas ini anda semua sama ada akan bekerja atau meneruskan pelajaran.


SifooSidee nasihatkan anda semua terus menuntut ilmu walau sukar sekalipun.


Setelah ilmu penuh di dada barulah bekerja mengikut minat anda.


Akhir sekali, sekali lagi SifooSidee mengharapkan anda senua mencipta sesuatu dalam peperiksaan SPM.

Berilah yang terbaik dalam peperiksaan ini dan selamat menjalani peperiksaan.

Tuesday, November 3, 2009

SifooSidee Penerima Anugerah Kokurikulum Terbaik 2009- Kadet Pertahanan Awam (KPA)






Pada 2 November 2009 telah berlangsung Hari Anugerah Kokurikulum 2009.



Terkejut SifooSidee apabila diumumkan Kadet Pertahanan Awam (KPA) menerima Anugerah Kokurikulum Badan Beruniform Terbaik 2009.



Anugerah ini memang berbaloi kerana ahli kadet telah bertungkus-lumus berlatih untuk memenangi setiap pertandingan kawad tahun ini.




Alhamdulillah, kadet lelaki dan perempuan telah ke peringkat akhir pertandingan kawad.




Kadet telah berlatih bermati-matian untuk menjuarai pertandingan.




Akhirnya, kadet lelaki memenangi naib johan dan kadet perempuan mendapat tempat keempat.




Bravo........untuk kalian semua.




Sunday, November 1, 2009

Video Graduasi SPM 2009

Tahun ini, sekali lagi pelajar SMKBBSS SPM 2009 diraikan dalam majlis graduasi dan restu ilmu.

Majlis ini menjadi acara tradisi setiap tahun.

Pelajar yang akan menduduki SPM akan diraikan seperti anak raja.

Di samping itu mereka juga meminta restu guru untuk menduduki peperiksaan.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Rahman Pahlil DUN Sementa.

Terima kasih Dato' kerana sudi hadir ke majlis yang tak seberapa ini.

Akhir sekali, pelajar telah dijamu dengan makanan sedap seperti hidangan hotel.

Semoga anda semua berjaya dalam SPM 2009 yang akan berlangsung dalam dua minggu lagi.

http://mudahbelajar.com/