Wednesday, January 21, 2009

ANALISA PEPERIKSAAN SPM PERDAGANGAN

Berikut diberikan analisa soalan SPM Perdagangan mengikut tahun. SifooSidee harap pelajar dapat menganalisa dan seberapa mungkin cuba menjawab soalan-soalan berkenaan.

TAHUN 2004

Soalan 1
a. Terangkan dengan contoh, jenis nilai faedah dalam pengeluaran (12m)

b. Kebaikan/Kelebihan pengeluaran tidak langsung (5m)
c. Terangkan dengan contoh, pengkhususan mengikut kawasan, pengkhususan mengikut
profesion, pengkhususan mengikut proses.(8m)

Soalan 2
a. Jelaskan bentuk perniagaan francais (12m)
b. Terangkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank saudagar. (8m)
c. Jelaskan pemborong saudagar berfungsi penuh dalam menyelesaikan masalah Fahmi (5m)

Soalan 3
a. Jelaskan setiap perkara berikut : i. Jualan tunai (3m) ii. Jualan prabayar (3m) iii. Jualan
sewa beli (4m)
b. Kebaikan perniagaan pasar raya (8m)
c. Kebaikan pembelian pajakan/tunai (7m)


Soalan 4
a. Terangkan perbezaan antara kapal kargo dengan kapal kerentan (10m)
b. Terangkan kebaikan inden (6m)
c. i. Apakah nama promosi - jualan langsung ( 1m)
ii. Bagaimana jenis promosi tersebut dapat menggalakkan jualan (8m)

Soalan 5
a. i. Hitungkan jumlah pendapatan daripada pelaburan (9m)
ii. Beri dua perbezaan syer biasa dengan syer keutamaan (4m)
b. Jelaskan sumbangan industri kecil dan sederhana dalam setiap asperk berikut :
i. Tabungan ekonomi negara ( 3m )
ii. Memperkukuhkan struktur asas industri negara (3m)
c. Mengapakah Malaysia dan Australia perlu menjalankan aktiviti perniagaan antarabangsa (6m)

Soalan 6
Kajian kes


TAHUN 2005

Soalan 1
a. Huraikan 3 faktor pengeluaran
b. i. Bagaimana perbankan membantu perniagaan
ii. Bagaimana promosi membantu perniagaan
c. Sebab pasar raya menjadi pilihan pengguna

Soalan 2
a. i. Hitungkan jumlah faedah perlu dibayar untuk belian kredit
ii. Hitungkan kadar faedah setahun
b. Terangkan kekurangan kaedah jualan prabayar kepada
i. Pengeluar
ii. Pengguna
c. Huraikan faktor wujudnya perniagaan antarabangsa

Soalan 3
a. Ciri-ciri IKS
b. Terangkan sumbangan IKS kepada negara
c. Jelaskan bagaimana menyelesaikan masalah pelanggan dari aspek
i. Melayan pelanggan
ii. Pengurusan stok

Soalan 4
a. Bezakan ciri syarikat Sdn. Bhd. dengan syarikat awam berhad
b. i. Tentukan bentuk pulangan dalam gilts, akaun simpanan tetap, saham
ii. Kenalpasti tahap risiko setiap jenis pelaburan dan beri alasan
c. Mengapa premium dibayar berbeza antara kontraktor binaan dengan guru

Soalan 5
a. Mengapakah seseorang menggunakan kaedah pembayaran secara kad kredit
b. Terangkan kegunaan alat komunikasi dalam kerja promosi
i. Telefon
ii. Telefaks
iii.Internet
c. Terangkan tanggungjawab usahawan kepada masyarakat

Soalan 6
Kajian kes

TAHUN 2006

Soalan 1
a. Huraikan hierarki keperluan Maslow
b. i. Ciri-ciri keusahawanan
ii. Sumbangan usahawan kepada masyarakat
c. i. Jenis-jenis saluran agihan ( agihan secara langsung)
ii. Sebab saluran tersebut digunakan

Soalan 2
a. Kelebihan menjual barang secara sewa beli
b. Dokumen sebutharga
i. Pilihan jenis sebutharga
ii. Jelaskan sebab-sebabnya
iii.Hitungkan jumlah perlu dibayar
c. Perbezaan antara perniagaan antarabangsa dengan perniagaan dalam negeri
d. Sumbangan IKS kepada masyarakat

Soalan 3
a. Cara memulakan perniagaan
b. Kelebihan jenis perniagaan perkongsian
c. Jenis pulangan pelaburan saham
d. Perbezaan antara pelaburan saham dengan amanah saham

Soalan 4
a. i. Jelaskan polisi insurans hayat seumur hidup
ii. Polisi insurans endowmen
b. Cadangan jenis polisi insurans sesuai
c. Bagaimana pengangkutan membantu perniagaan

Soalan 5
a. i. Peranan promosi dalam perniagaan
ii. Jenis gaya tarikan iklan
b. i. Kes dirujuk - makhamah sivil, tribunal tuntutan pengguna
ii. Kemukakan alasan
c. Jelaskan amalan membeli dengan bijak

Soalan 6
Kajian kes


TAHUN 2007


Soalan 1
a. Nyatakan 2 perbezaan antara keperluan dengan kehendak.
b. i. Terangkan faktor pengeluaran
ii. Mengapakah Encik Roni mengamalkan pengkhususan (kebaikan pengkhususan)
c. Huraikan perkaitan antara pengeluaran, perdagangan dan perniagaan

Soalan 2
a. i. Jenis perniagaan - milikan tunggal
ii. Empat fungsi perniagaan runcit kecil-kecilan
b. Kelebihan syarikat Sdn. Bhd.
c. i. Kegunaan invois
ii. Hitungkan jumlah invois
iii.Kesan syarat serahan kepada pembeli

Soalan 3
a. i. Huraikan jenis-jenis pelaburan
ii. Faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pelaburan
b. i. Terangkan prinsip Mudharabah dalam perbankan Islam
ii. Huraikan jenis perkhidmatan bank

Soalan 4
a. i. Huraikan konsep pengumpulan risiko dalam insurans
ii. Jelaskan sebab syarikat insurans menolak permohonan insurans
b. i. Terangkan tugas utama Lembaga Pelabuhan
ii. Terangkan sebab pekilang memilih jenis pengangkutan TIR (Pengangkutan Antarabangsa
Routier)
iii. Terangkan faktor pemilihan jenis pengangkutan

Soalan 5
a. Kenalpasti perkhidmatan Pos Malaysia Bhd. yang sesuai digunakan dan beri 2 alasan
b. Terangkan ciri gudang yang baik
c. i. Kenalpasti jenis gudang yang sesuai
ii. Jelaskan kelebihan gudang tersebut

Soalan 6
Kajian kes

TAHUN 2008

Soalan 1

a. Terangkan tiga sumbangan usahawan kepada negara (6m)

b. Terangkan jenis pengkhususan dalam pernyataan I, II dan III - pengkhususan mengikut proses, profesion dan kawasan (6m)

c. Tiga alasan, adakah Alang dapat menukarkan ayam dengan ikan - kelemahan sistem barter (4m)

d. Huraikan tiga bantuan perniagaan (9m)

Soalan 2

a. Terangkan tiga fungsi perniagaan runcit dalam saluran agihan (6m)

b. Jelaskan kelebihan jualan sewa beli kepada pengeluar dan pengguna (6m)

c. i. Kenalpasti kesilapan dalam invois dan nyatakan dokumen yang perlu dikeluarkan (2m)

ii. Hitungkan jumlah harga yang perlu dijelaskan (5m)

iii. Jelaskan tiga perbezaan antara diskaun niaga dengan diskaun tunai (6m)

Soalan 3

a. Tiga cara yang perlu Encik Halim lakukan untuk mengatasi halangan mendapat kelulusan daripada Lembaga Kawalan Kualiti Daging Australia (6m)

b. i. Kenal pasti jenis inden (1m)

ii. Jelaskan jenis inden tersebut (2m)

iii. Terangkan lima prosedur eksport (10m)

c. Huraikan kaitan Industri Kecil dan Sederhana dengan Industri Berat dalam perkara berikut:

i. Pengaturan kontrak khas (3m)

ii. Subkontrak (3m)

Soalan 4

a. Terangkan pulangan yang diterima oleh,

i. Pelabur hartanah (4m),

ii. Pelabur saham (6m)

b. Huraikan dua jenis kemudahan pembayaran yang sesuai digunakan oleh Sofiah (6m)

c. i. Terangkan pihak yang terlibat dalam sekeping cek (6m)

ii. Mengapa pihak bank enggan menerima cek Bank Perkasa Bhd. (3m)

Soalan 5

a. Terangkan tiga kelebihan pengangkutan laut berbanding pengangkutan udara (6m)

b. Terangkan dua unsur dalam campuran pemasaran (4m)

c. i. Namakan jenis media - risalah (1m)

ii. Mengapakah DIHA Komputer memilih media berkenaan. (6m)

d. Apakah hak yang boleh dituntut oleh Puan Faridah? - gantirugi

Kemukakan tiga alasan (4m)

Soalan 6

Kajian kes

Tuesday, January 20, 2009

CERAMAH MOTIVASI TINGKATAN 4

Dalam ceramah motivasi tingkatan 4, SifooSidee telah menekankan beberapa perkara penting. Pelajar tidak seharusnya menganggap subjek elektif Perdagangan tidak penting bagi mereka. Pelajar tidak boleh menganggap subjek itu penting atau tidak. Yang penting mereka perlu belajar juga untuk lulus periksa. Sama ada mereka suka atau tidak, itu bukan masalahnya.

Pelajaran Perdagangan merupakan subjek senang, bukan susah. Jika pelajar tahu teknik belajar subjek ini, ia jadi semakin mudah. Subjek ini memerlukan pelajar banyak membaca. Membaca sahaja tidak cukup, tetapi kena menghafal. Jika ini dapat dilakukan, subjek ini akan menjadi subjek yang menyeronokkan untuk dipelajari.

Friday, January 16, 2009

UCAPAN HARI GRADUASI

SifooSidee telah menekankan perkara penting dalam proses pembelajaran pelajar. Pelajar cemerlang datangnya daripada pelajar yang konsisten belajar mengikut jadual. Mereka memperuntukkan sekurang-kurangnya 3 jam sehari untuk mentelaah.


Belajar memang membosankan bagi pelajar. Kerana terpaksa mereka mesti belajar. Jika tak belajar, gelap masa depan. Pelajar mesti tahu peranan minda mereka ketika belajar. Sebenarnya, gelombang otak kita ada 4 gelombang. Gelombang tersebut ialah gelombang alpha, beta, theta dan delta. Pelajar mesti mengetahui menggunakan gelombang tersebut ketika belajar. Semasa anda membuat latihan matematik, sebenarnya anda telah menggunakan gelombang beta. Jika diteruskan, anda akan merasa begitu bosan dan stress. Ini bukan gelombang tsunami. Keadaan jadi begitu teruk jika jawapan tak dapat. Anda terus tutup buku. Untuk tidak memeningkan kepala anda, cuba relaks sikit. Gunakan potensi gelombang otak alpha pula. Gelombang ini menjadikan anda lebih relaks dan cool.


Cuba cari semula di mana silap anda. Sama ada guna formula tak betul atau pengiraan anda tidak betul. Jadi jangan panik, teruskan lagi usaha anda.


Sampai di sini dulu. Lain kali kita berbicara lagi.............

Thursday, January 15, 2009

BAGAIMANA MEMBACA BERKESAN

Kita sering membaca tetapi tak tahu cara membaca berkesan. Sebagai seorang pelajar, kerja membaca menjadi perkara wajib.

Jika anda tidak membaca, bagaimana untuk mendapat ilmu. Membaca banyak cara membaca. Sama ada membaca santai atau membaca kritikal. Pelajar perlu mempelari cara membaca kritikal. Membaca secara kritikal bermaksud membaca secara serius. Serius bermaksud membaca untuk lulus periksa. Untuk lulus periksa, pembacaan perlu dipertingkatkan.

Tidak bermakna anda membaca tetapi tidak tahu cara membaca berkesan. Sebenarnya, minda kita boleh mengingat apa yang dibaca jika kita tahu menggunakan potensi minda kita.

Wednesday, January 14, 2009

BILLL LEARNING

BILLL LEARNING ialah satu strategi pembelajaran baru. BILLL bermaksud,

B = Baca
I = Ingat
L = Lorek
L = Lakar
L = Latih tubi

Sekarang, terdapat banyak strategi pembelajaran. yang boleh digunakan. BILLL LEARNING telah terbukti keberkesanannya. Mari kita sama-sama laksanakannya. Anda pasti tak menyesal mempraktikkannya.