Friday, July 16, 2010

Strategi Mudah Belajar, Sesenang ABC












Pada 15.7.2010, Sifoo Sidee buat talk pasal Bagaimana Nak belajar Sesenang ABC.

Pelajar nampaknya seronok mengikuti ceramah Sifoo Sidee.
Semua kerja yang Sifoo Sidee beri, mereka buat sampai habis.

Yang menariknya, ada yang membetulkan kesilapan yang Sifoo Sidee buat.
Nampaknya mereka faham tentang apa yang Sifoo Sidee ajar kat mereka.
Belajar ni sebenarnya bukan susah. Kenapa mereka boring pada satu-satu subjek.
Mereka rasa susah untuk faham. Semuanya Sifoo Sidee dedahkan dalam ceramah ni.

Sikap juga memainkan peranan kepada pelajar.
Jika mereka ambil sikap sambil lewa terhadap sesuatu mata pelajaran, habiskan.

Sifoo Sidee berusaha mengubah persepsi mereka terhadap sesuatu mata pelajaran.
Jangan anggap kegagalan pada hari ini tiada harapan untuk berubah.
Semuanya terletak pada diri pelajar sendiri.

Jika ingin berjaya, orak langkah dari sekarang.

Selamat belajar dan maju jaya......................

Sunday, February 21, 2010

Sukan Tahunan 2010





























Hari ini, 21.2.2010 warga SMKBBSS mengadakan Sukan Tahunan 2010.

Tahun ini buat ala kadar je.......tapi meriah.

Disebabkan masih dalam mood cuti, kerja agak kelam kabut sikit.


Semua kerja buat last minit.

Namun Lekir tetap juara dalam perhiasan rumah sukan. Bravo.


Tahun ni, Lekiu menjadi johan rumah sukan semenjak menunggu 7 tahun.


Semangat kesukanan yang ditunjukkan mereka harus dijadikan teladan.

Tanpa kerjasama semua ahli rumah tak mungkin mereka ke puncak jaya.


Rumah-rumah lain perlu jejak langkah mereka kalau nak berjaya.

Tak lupa, bekas pelajar SMKBBSS turut hadir untuk menyaksikan sukan tahun ini.

Terima kasih buat kalian kerana masih ingat kami di sini.


Result SPM tak lama lagi.

Kita nantikan pula kehebatan result SPM anda pula.

Friday, January 22, 2010

MERENTAS DESA 2010






































Hari ni seronok betul bebudak sekolah SMKBBSS.

Pertama dapat berlari keliling kampung diorang.
Kedua dapat makanan percuma. Dan yang penting tak payah masuk kelas.

Tahun ni nampaknya tak seorang pun yang pengsan.

Ini membuktikan mereka ni kuat dan stamina bagus.
Tahun lepas ramai yang pitam. Relaks lah PBSM tahun ni.

Tak payah nak angkut adik-adik, abang dan kakak mereka.

Kalau ringan tak apalah. Dapat yang besar bagak nasib badan je.
Tahniah diucapkan kepada rumah Hijau kerana menjadi Johan keseluruhan tahun ni.
Rumah lain masih ada peluang lagi.
Buktikan dalam kejohanan sukan sekolah nanti pada bulan Februari 2009.

Selamat berjaya dan SMKBBSS BOLEH.











Saturday, December 5, 2009

Borong Habis Di PC Fair 2009, KLCC






Hari ini SifooSidee dan wife ke PC Fair 2009.

PC Fair tahun ini berlangsung di KLCC.

Sebelum ini buat di PWCT, senang sikit.

Parking kereta di komuter Shah Alam dan terus ke PWTC.

Tahun ini kena jalan jauh sikit. Parking kereta di KL Central, lepas tu naik LRT.

Ramainya orang berpusu-pusu ke KLCC untuk hadir PC Fair.

Esok last day, mesti lagi ramai.

Harga boleh tahan, banyak bahan komputer yang buat offer.

SifooSidee beli beg komputer, anti virus karpesky, dakwat printer dan cooler komputer.

Hajat nak beli banyak lagi, kena control bajet.

Memang rambang mata, setiap tahun ada sahaja benda yang baru.

Industri komputer memang cepat berkembang.

Jadi kita pun kena cepat berkembang.

Tahun depan jumpa lagi.........di mana agaknya....

http://mudahbelajar.com/

Wednesday, December 2, 2009

Kursus Pengurusan Koperasi



Baru-baru ini, SifooSidee telah menghadiri kursus pengurusan koperasi.

Kursus telah berlangsung selama 2 hari di Empress Hotel, Sepang, Selangor.

Peserta kursus terdiri daripada pelajar dan guru koperasi.

Pelbagai ilmu telah diperoleh. Antaranya, tentang struktur organisasi koperasi dan pengiraan titik pulangan modal.

Untuk berniaga, kita harus mempunyai ilmu perniagaan.

Kita perlu mengetahui cara meletakkan harga supaya tidak terus rugi.

Tujuan utama berniaga adalah untuk mendapat keuntungan.

Jadi kita perlu tahu bagaimana menjana keuntungan melalui perniagaan.

Titik pulangan modal memastikan kita tidak menjual sesuatu barang di bawah kos yang telah dikeluarkan.

http://mudahbelajar.com