Friday, October 9, 2009

My Boss's Raya Open House
















Tahun ni SifooSidee berkesempatan hadir majlis rumah terbuka raya pengetua baru.

Rasa seronok kerana dijamu dengan pelbagai juadah istimewa.
Paling best ialah satey ayam dan daging.

Susah juga nak cari rumah pengetua. Pusing punye pusing akhirnya jumpa juga.

Paling cun, pengetua beri duit raya pada cikgu bujang. Seronok gile untuk cikgu Rashid, Hakim dan Khairul Nizam.

Cikgu Khairul Nizam tak dapat duit rayalah tahun depan. Sebab tahun ni dah nak kahwin.


Terima kasih buat pengetua yang dicintai kerana sudi melayan karenah kami semua.


Tahun depan boleh buat lagi. Menu satey jangan lupa kerana paling dapat sambutan.


Saturday, October 3, 2009

QIAMULAI PMR/SPM 2009 SMKBBSS









Pada 2 dan 3 Oktober 2009, SMKBBSS telah mengadakan majlis qiamulai untuk calon PMR dan SPM.
Diharapkan pelajar PMR dan SPM 2009 akan mendapat keputusan cemerlang pada tahun ini.
Majlis seperti perlu diteruskan bagi mendapat keberkatan belajar. Pelajar seharusnya menyerah diri pada ALLAH setelah berusaha untuk mencapai kejayaan.


Jadikan majlis seperti ini sebagai kayu pengukur untuk menginsafi diri daripada kesilapan yang telah dibuat dalam peperiksaan terdahulu.

Saturday, September 26, 2009

Sidek's Raya Reunion














Pada 26.9.2009 keluarga Sidek telah berkumpul untuk menyambut Hari Raya.

Rasa seronok kerana dapat berkumpul bersama setahun sekali.

Bermacam juadah disediakan. Sedap semuanya. Yang paling sedap BBQ ayam dan seafood.

Sambutan di buat sampai larut malam ( 12.00 pm) dan akhir sekali sesi bergambar beramai-ramai paling seronok.

Macam-macam posing dapat dilihat.

Yong tau foo Sidi dan Azah paling dapat sambutan hangat daripada makanan yang dibawa.

Selamat Hari Raya dan tahun depan dapat buat lagi.............

Thursday, September 24, 2009

My New Pineapple Cake








Pada Hari Raya tahun ini, SifooSidee telah mencuba satu resipi kek baru.

Resipi kek ini dinamakan kek nenas. Rasa boleh tahan. Isteri kata sedap.

Warnapun menarik. Berwarni-warni. Jalur kuning, hijau dan merah.

Kalau nak cuba, di sini, SifooSidee berikan resipinya.

Bahan-bahannya ( untuk satu bekas ),

1 cawan marjerin
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil gelatin
pewarna hijau dan merah
sedikit kacang tumbuk

Selamat mencuba, jika sedap beritahu kawan. Jika tak sedap diam saja.


Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Monday, September 21, 2009

BESAR PUNYE.............






Baru-baru ni, SifooSidee telah ke Tanjung Karang, Selangor.

Tujuan ke sana untuk menziarah keluarga sempena Hari Raya.

Bila sampai di salah sebuah rumah saudara di sana, buah mangga besar punye menarik perhatian semua.

Agak jarang melihat buah-buahan yang hidup sesubur itu. Bila nak makan buah, hanya beli di pasar saja.

Mungkin tanah di Tanjung Karang amat sesuai dengan tanaman mangga. Itulah sebab ianya membesar begitu mengancam sekali.

BESAR PUNYE..............Selamat Hari Raya buat semua