Sunday, November 1, 2009

Video Graduasi SPM 2009

Tahun ini, sekali lagi pelajar SMKBBSS SPM 2009 diraikan dalam majlis graduasi dan restu ilmu.

Majlis ini menjadi acara tradisi setiap tahun.

Pelajar yang akan menduduki SPM akan diraikan seperti anak raja.

Di samping itu mereka juga meminta restu guru untuk menduduki peperiksaan.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Rahman Pahlil DUN Sementa.

Terima kasih Dato' kerana sudi hadir ke majlis yang tak seberapa ini.

Akhir sekali, pelajar telah dijamu dengan makanan sedap seperti hidangan hotel.

Semoga anda semua berjaya dalam SPM 2009 yang akan berlangsung dalam dua minggu lagi.

http://mudahbelajar.com/

Tuesday, October 27, 2009

Jamuan Akhir Tahun 2009 Part 2



Slide video ini SifooSidee buat sendiri.

SifooSidee guna software Windows Movie Maker.

Seronok juga dapat buat video sendiri dan upload ke youtube.

SifooSidee letakkan dalam home cikgu Iswan.

Cikgu yang berminat sila search di aktivitismkbbss.

Semua tersedia untuk anda gunakan upload ke blog sendiri.

Semoga berjaya.

http://mudahbelajar.com

Jamuan Akhir Tahun 2009 Part 1




Pada tahun ini SifooSidee sempat merakam video Jamuan Akhir Tahun Sekolah.

Rakaman ini boleh dijadikan kenangan terindah bersama-sama guru.

Rakaman tidaklah sehebat mana.

Terima kasih kepada cikgu Iswan kerana upload video ini di youtube.

Cikgu-cikgu SMKBBSS yang berminat untuk upload di blog sendiri boleh berbuat demikian.

Hanya ke web youtube dan search aktivitismkbbss.

Insya-Allah semuanya beres..........

http://mudahbelajar.com

Saturday, October 24, 2009

SifooSidee Penerima Anugerah Guru Datang Awal Ke Sekolah 3 Tahun Berturut-turut












Pada Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru 2009, SifooSidee telah menerima anugerah guru datang awal ke sekolah.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke-3, SifooSidee menerima anugerah tersebut.

Jamuan pada tahun ini nampaknya meriah sekali kerana di buat De Palma Hotel, Shah Alam.

Guru-guru nampak begitu anggun sekali kerana berpakaian lip lap.


Masing-masing nampak begitu berseri tidak ketinggalan untuk guru lelaki.

Insya-Allah pada tahun hadapan kita akan berjumpa lagi dengan aktiviti yang lebih hebat.

Thursday, October 22, 2009

SifooSidee Memberi Ceramah Kepimpinan Wira Usaha












Hari ini SifooSidee telah memberi ceramah tentang Kepimpinan Wira Usaha.

Kursus ini adalah susulan kursus Rakan Muda Daerah Klang Selangor.

Peserta yang terpilih terdiri daripada guru koperasi dan Ahli Lembaga Koperasi.
Tajuk yang diberi ialah "Bagaimana Menjana Keuntungan Koperasi Sekolah".
SifooSidee telah memberi tip-tip bagaimana Koperasi Sekolah boleh memperoleh keuntungan.

Ahli Lembaga Koperasi sekolah perlu berganding bahu untuk mendapat keuntungan sewajarnya.
Kegiatan ekonomi yang hendak dibuat perlu dikenal pasti supaya ia benar-benar membuahkan hasil sepatutnya.